Monday, February 20, 2012

Minggu Sains 2009



























































































Selamat tahun baru 2012

Assalamualaikum dan salam tahun baru untuk semua guru dan pelajar. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Kepada semua pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2011 tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya jangan putus asa teruskan usaha dalam SPM yang bakal menanti. Kepada pelajar yang mengambil matapelajaran sains teras tidak perlu gentar kerana usaha yang baik pasti akan membuahkan hasil yang baik. Jangan lupa 12 kemahiran proses sains yang sudah kamu pelajari semasa di menengah rendah. Jadi selamat berjaya dalam semua perkara yang dilakukan. Kita akan berjumpa lagi dengan tips-tips yang lebih penting lagi untuk mendapat keputusan yang lebih baik bagi matapelajaran sains insyaallah.


Sunday, November 13, 2011

Akhirnya kau datang juga setelah sekian lama menunggu-SPM..

Assalamualaikum kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM . Diharap dapat menjawab dengan tenang dan segala usaha yang telah anda usahakan selama ini dapat digunakan dalam menjawab soalan -soalan SPM nanti. Tips terakhir dari cikgu.....jangan tinggalkan ruangan jawapan kosong...isi apa-apa sahaja jawapan yang dirasakan sesuai. Doa dari cikgu....sentiasa untuk kamu semua . Usaha + Doa + Tawakal = Berjaya. Amin................ikhlas dari cikgu.

Sunday, August 7, 2011

Selamat berjaya

Good Luck kepada semua pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Excel...cikgu doakan semoga semua usaha kamu diberkati oleh-Nya. Gunakan apa yang telah kamu pelajari ketika menjawab soalan ...Akhir kata ...usaha , doa dan tawakal .

Saturday, July 2, 2011

Sink and float experiment by Aliya


Nama saintis : Aliya dan Adriyana
Tarikh eksperimen : 30 Jun 2011
Masa : 8.00 malam
Tempat : Sweet home Indah Jaya
Tajuk : Mengenalpasti objek yang terapung dan tenggelam di air.

1) Carta pemerhatian untuk mencatat keputusan eksperimen.
2) Besin besar yang berisi air
3) Objek yang digunakan : bola, botol, besin kecil, syiling, klip kertas, gunting, kunci, daun, pensil, kertas, pemadam , batu
4) Aliya dan Adriyana bersedia untuk menjalankan eksperimen.

Wednesday, May 11, 2011

TIPS BELAJAR SAINS DENGAN SISTEMATIK DAN BERKESAN

TIPS BELAJAR SAINS DENGAN SISTEMATIK DAN BERKESAN


a) Buat ulangkaji selalu.
• jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.


b) Belajar Sains setiap minggu.
• Tidak kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

c) Cuba buat semua bentuk soalan.
• Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.

• Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.

d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
• Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.

• Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.

• Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.

e) Belajar secara teratur.
• Fungsi (bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).

• Ciri2 (apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...)

• Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)

• Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)

• Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)

• Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)

• Graf (kaji dan pelajari graf)

• Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)

• Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)

• Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)

Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Persiapan yg rapi akan menambah lagi tahap penguasaan anda dlm Sains. Jadi, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains. Seperkara lagi, tidak kira UPSR, PMR atau SPM dan sebagainya, cubalah mencari skema jawapan peperiksaan umum untuk subjek tersebut. InsyaAllah ia akan banyak membantu anda.


Tuesday, April 19, 2011

The Making of Soap (Saponification process)


Campuran minyak sayuran dan natrium hidroksida dalam proses pembuatan sabun.
Campuran dipanaskan selama 15 minit
Selepas pemanasan selama 15 minit larutan campuran ditambah dengan garam (sodium chloride) tujuan untuk memisahkan diantara sabun dan larutan.




Larutan ditambah dengan lemon untuk memberikan bau yang wangi


Larutan yang dicampur dengan tembikai. Warna yang cantik tetapi bau tidak wangi seperti lemon.(gambar atas)


Proses seterusnya, sabun yang dihasilkan ditapis untuk mengasing kan garam dari larutan.
Sabun yang dihasilkan oleh pelajar.



Untuk menguji kehadiran buih, sabun yang dihasilkan di masukkan ke dalam tabung uji dan digoncang. Kehadiran buih menunujukkan sabun telah dihasilksn.