Monday, February 20, 2012

Selamat tahun baru 2012

Assalamualaikum dan salam tahun baru untuk semua guru dan pelajar. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru untuk semua. Kepada semua pelajar tingkatan 4 yang telah berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2011 tahniah diucapkan, kepada yang kurang berjaya jangan putus asa teruskan usaha dalam SPM yang bakal menanti. Kepada pelajar yang mengambil matapelajaran sains teras tidak perlu gentar kerana usaha yang baik pasti akan membuahkan hasil yang baik. Jangan lupa 12 kemahiran proses sains yang sudah kamu pelajari semasa di menengah rendah. Jadi selamat berjaya dalam semua perkara yang dilakukan. Kita akan berjumpa lagi dengan tips-tips yang lebih penting lagi untuk mendapat keputusan yang lebih baik bagi matapelajaran sains insyaallah.


No comments:

Post a Comment