Perjalanan hidup makin hari makin pendek. Masih banyak perkara yang belum dilakukan. Kalau boleh setiap hari yang muncul adalah hari yang terbaik dalam hidup kita. Jadi di sini ingin saya berkongsi apa saja yang boleh dikongsi bersama supaya hari-hari yang kita lalui semakin indah.
Saya seorang guru yang selalu dituntut untuk sentiasa bersabar dalam mendidik anak-anak yang mencari ilmu dan anak-anak yang menolak ilmu. Di sinilah bermulanya cabaran sebagai seorang guru. Diawal kerjaya saya sebagai seoarang guru , terlalu besar cabaran yang perlu saya hadapi dalam memertabatkan kerjaya ini. Dua tiga tahun yang pertama saya rasa diri saya seperti sebuah komputer hanya seperti mesin tempat memproses ilmu sahaja. Tiada rasa cinta dan ikhlas terhadap kerjaya ini. Pergi ke sekolah dan pulang serta selalu mengeluh tentang apa yang berlaku setiap hari. Tapi benarlah seperti kata pepatah manusia berubah mengikut masa. Begitu juga dengan saya , setelah saya mempunya keluarga sendiri, suami yang memahami , anak-anak yang bijak dan keluarga yang sangat penyayang persepsi saya terhadap kerjaya ini semakin berubah. Setiap hari yang dilalui akan saya cuba tanamkan niat yang baik dan selesai hari yang dilalui akan saya nilai kelemahan yang ada supaya dapat diperbaiki. Saya makin cinta terhadap kerjaya ini dan saya sudah mula mengubah persepsi saya bahawa ilmu yang kita ada perlu dikongsi bersama-sama biar ada banyak halangan yang perlu dilalui , kerana kita kena pasti semua yang sukar akan menjadi mudah suatu hari nanti pasti Insayaallah Amin....
Bersesuaian dengan matapelajaran yang saya ajar sekarang Sains merungkai rahsia alam dan Sains penuh keajaiban jika kita terokai bersama-sama orang yang kita sayang. Sains mendekatkan diri kita dengan Tuhan dan bawalah orang-orang yang kita sayang itu ke jalan yang kita ingin tuju. Didiklah anak-anak murid kita dengan ikhlas tanpa rasa jemu ..........Amin.
No comments:
Post a Comment