Saturday, January 23, 2010
Mural Sains
Pelajar-pelajar tingkatan 3 sedang melukis mural di luar makmal Sains SMK. Elopura 2. Ini adalah salah satu program selepas PMR 2009 yang dianjurkan oleh unit panitia Sains. Ramai pelajar yang telah menyumbang idea untuk menghasilkan mural ini.
Mural ini telah diinspirasikan oleh pelajar-pelajar sendiri. Walaupun banyak kekurangan dalam penghasilan mural ini tetapi ia tetap hasil usaha pelajar dan ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi dan sikap yakin percaya pada diri sendiri. Saya sebagai guru sangat menghargai usaha-usaha pelajar ini , kerana sebagai guru bukan kepuasan diri sendiri yang dicari tetapi hasil dan kepuasan pelajar itu yang lebih penting. Teruskan usaha kamu semua...........
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada salah seorang guru yang telah banyak membantu pelajar-pelajar ini iaitu cikgu Bakry Ismail merupakan seorang guru PSV di SMK. Elopura II. Cikgu Bakry telah banyak memberi idea dan membantu dalam kerja-kerja akhir untuk menyiapkan Mural ini. Terima kasih cikgu........... Mungkin di lain kali kita boleh bekerjasama lagi ............Insyallah.
Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih kepada pembantu makmal yang sangat baik iaitu kak Sarimah dan Mariani yang turut membantu dalam menghasilkan mural ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment