Saturday, January 23, 2010

Pecutan akhir SPM 2009

Pecutan akhir SPM 2009 telah diadakan di bilik agama Smk. Elopura 2 untukrs pelajar-pelajar tingkatan 5. Tujuan untuk memberi teknik dan tip-tip akhir kepada pelajar menjelang SPM sebenar. Bengkel ini telah mendedahkan kepada pelajar mengenai analisis soalan Sains SPM dari tahun 2005 - 2008. Topik-topik yang biasa keluar di dalam SPM juga ada di kongsi bersama pelajar. Penceramah adalah saya sendiri PN. MAIMUNAH MOHAMED RAZALI. Saya telah mengikuti bengkel ini di Kota Kinabalu jadi saya berkongsi ilmu yang saya dapati dengan pelajar. Saya berharap pelajar dapat manfaatkan apa yang telah disampaikan. Usaha tangga kejayaan............




Sebahagian pelajar yang mengikuti bengkel tersebut. Ada pelajar yang betul-betul memberi tumpuan dan ada yang kurang tumpuan .... Tetapi harap-harap mereka tak tumpul la semasa menjawab soalan SPM. Cikgu doakan kamu semua berjaya. Teruskan usaha..........



Bengkel berakhir selepas 1 jam 30 minit . Harap tahun depan dapat dijalankan lagi. Sayonara.......Good luck untuk semua pelajar SPM 2009









No comments:

Post a Comment