Pelajar sedang melukis gambarajah Sains untuk dibingkaikan . Bingkai bergambar ini akan digantung di dalam makmal Sains sebagai hasil kerja pelajar. Terdapat ramai pelajar yang kreatif.
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang disampaikan oleh Pn. Chin Nyuk Fong ketua bidang Sains dan Matematik. Walaupun hadiah tidak seberapa tetapi pelajar sangat gembira. Diharap tahun depan lebih banyak aktiviti yang menyeronok akan dijalankan Insyaallah.............
Salah satu kumpulan pelajar sedang menerangkan projek mereka dari bahan terbuang. Pelajar dari tingkatan 3 Ibnu Sina. Kumpulan ini mencipta roket dari kertas surat khabar lama. Mereka salah satu kumpulan pemenang dalam pertandingan ini. Beberapa orang pelajar dalam kumpulan ini telah berjaya mencapai keputusan yang baik dalam PMR 2009 . Tahniah.................
Pelajar menyertai pertandingan mencipta lagu bertemakan Sains. Tetapi mungkin kekangan masa aktiviti ini tidak begitu berjaya di mana lagu-lagu yang dihasilkan tidak begitu kreatif. Tahun depan cuba lagi.....................
Terima kasih teacher Roziana kerana membantu menjadi pengacara dalam pertandingan mencipta lagu Sains. Celoteh yang menghiburkan ........
No comments:
Post a Comment