Sunday, January 31, 2010

MINGGU SAINS 2009


Puan Dayang guru yang merancang pertandingan membuat kapal terbang kertas sedang sibuk menguruskan pelajar. Terima kasih Dayang . Kelihatan seorang pelajar sedang mengukur jarak kapal terbang yang diterbangkan oleh pelajar. Pertandingan ini menguji sejauh mana kapal terbang dapat diterbangkan... yang sedang tersenyum tu he he siapa lagi saya lah. Gembira melihat pelajar bersungguh-sungguh.


Ketua bidang yang sangat dihormati , Puan Chin tetap setia mengikuti aktiviti yang dijalankan.

Diantara pelajar yang mengikuti pertandingan bersama dengan kapal terbang masing-masing. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.






Antara hasil kerja pelajar dalam pertandingan mencipta kad kreatif. Ini hanya sebahagian sahaja , ada banyak lagi yang tidak dapat ditunjukkan. Hasil kerja pelajar ini ada disimpan di dalam makmal Sains. Jika nak tengok boleh la datang ke sana. Walaupun tidak sehebat sekolah-sekolah lain tapi ini merupakan satu permulaan. Saya tetap menyokong setiap hasil kerja pelajar.... teruskan usaha.



Gambar menunjukkan para pelajar yang begitu tekun dalam menghasilkan kad kreatif bertemakan bahan terbuang. Jangan dipandang rendah bakat pelajar. Biarpun dari latar belakang yang berbeza tapi kesungguhan tetap ada. Yang penting kita mencari pelajar yang kreatif dalam apa jua bidang.

Pelajar melihat telur yang tidak pecah dalam pertandingan menjatuhkan telur ke bawah dari tingkat tiga bangunan komputer SMK. Elopura 2.

Cikgu Sazila sebagai penyelaras pertandingan menjatuhkan telur bersama pelajar memberi sokongan kepada pelajar yang menyertai pertandingan....Terima kasih Cikgu Sazila seorang guru yang berdedikasi.

Pertandingan membuat roket yang dijalankan oleh Cikgu Randasan .... maaf cikgu tiada pula gambar cikgu. Ramai pelajar menyertai pertandingan ini. Mereka begitu teruja untuk mengikuti pertandingan ini. Tahun depan kalau boleh kita adakan lagi. Terima kasih cikgu.



Pameran Fizik yang diadakan di makmal Fizik yang dikelolakan oleh Cikgu Ismail dengan bantuan pembantu makmal Puan Mariani, Puan Sarimah dan Encik Sarlezan. Mendapat sambutan yang baik dari pelajar. Terima kasih Cikgu Ismail.

Diantara pelajar yang mengikuti pertandingan 'spell-it-right'. Berani dan yakin itu gambaran yang dapat diberi kepada para peserta. Walaupun pelajar SMK. Elopura mempunyai tahap penguasaan yang tidak begitu baik tetapi mereka tetap berani mencuba. Terima kasih kepada semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris kerana berdedikasi mengajar pelajar-pelajar ini.

Diantara guru-guru yang menjadi hakim dalam pertandingan 'spell-it-right'. Dari kiri Cikgu Sazila, Cikgu Zulizah, Cikgu Salwiah dan Cikgu Adlin. Terima kasih kerana memberi kerjasama yang sangat baik.

















No comments:

Post a Comment